Monday, August 10, 2009

merdeka (selamat hari lahir -kebangsaan)



merdeka bila sejarah di dongengkan
merdeka bila ilmu di garisi
merdeka bila malaya derdiri atas kaki sendiri


ulang tahun yang gelakkan kamu....

Sunday, February 22, 2009

tangkap apa itu gambar

setelah memeiliki, saya cuba mencuba, dan anak buah saya menjadi mangsa:







dan ini semasa di bukit saujana.

Friday, February 20, 2009

bermain warna pelagi bersama cecair unggu

hari ini saya sudah pandai bermain sendiri.

anda mau mencuba?

pekena 2 botol, seteguk air yang berkenaan.

tenung gambar yang diberi dalam masa 30 minit (kalau anda sadari tempoh itu) kalau masih kurang anda jangan putus asa. anda mencuba di percubaan akan datang.. selamat mencuba.

ini dia:







Wednesday, February 18, 2009

Pecah Dara di malam hari kekasih

Malam hari kekasih, saya pergi ke Johor baharu menjengah kenalan di Bukit Saujana.
saya pandang kiri, saya pandang kanan. semua berpasangan,
maklum saja saya sudah tidak punya kekasih, saya agak cemburu dengn situasi itu,
agak berkerut dahi saya memikirkan hal itu, mungkin saya telah lali dengan belaian sang kekasih suatu ketika dahulu dan sekarang agak kekurangan kasih sayang.

Tapi, yang sebenarnya saya hendak mempamirkan juadah untuk para kekasih di hari kekasih ini. ia amat bersesuaian di malam-malam hari.

Seperti kata Andy semasa lepak di beger Anep "hari kekasih makan la beger pecah dara".

Saya sempat mengambil gambar cara-cara penyediaan beger tersebut.. yang di bantu oleh Pacat selaku otai beger.



Mister Pacat dengan kehebatan memasak beger.(otai beger)


langkah pertama: menghancurkan daging atau ayam hingga lumat atau di potong dadu kalau mampu.


kamu nampak itu besi? (besi acuan untuk membuat Benjo) hah... sapukan mentega pada keliling besi tersebut. dan letakkan pada suhu 60-90 darjah. hah tgok tu dah berasapkan?


seperti biasa masukkan telur. hingga separuh masak.


masukkan daging yang di cingang dadu tadi kedalam acuan.


ya kamu lihat aliran itu... fuh ... membuatkan aku ketagih


terbalikkan inti beger tersebut biarkan selama 60 saat bagi memastikan ia benar-benar masak.


maaf penyediaan lain adalah seperti biasa, dan saya dilarang untuk mempamirkan
langkah seterusnya, disarankan supaya saya memberitahu bekenaan dengan cara pemakanan.. * harus di gigit perlahan-lahan supaya cairan dari beger tersebut tidak memancut laju ke baju anda.. nk lagi best bukak baju... baru betul2 nampak muka pemecah dara..

sekian

lokasi:Beger Anip Bukit Saujana.

bangku sekolah dan bangku rumah




Di bangku itu saya sering duduk meratap semua pekara yang terlintas sambil jari-jemari merayap menyapa papan huruf. Berfikir lagi, walaupun saya bukanlah ahli pemikir, yang sering mundar mandir membawa kebasian otak.
dan sekarang saya berfikir tentang kedudukan saya di atas bangku ini.









Berfikir tentang dirisendiri adalah perilaku yang selalu terhujud dalam minda saya, tetapi apa yang jelas adalah saya tak punya kemuncak diri yang diinginkan oleh seseorang apabila berfikir mengenai diri,saya tak punya kegemilangan, sering berlagu tetapi sumbang, dan kesumbangan itu meyakinkan saya tentang perilaku, walhal perilaku itu tiada keyakinan.

mungkin kurang jelas disitu, ingin saya memperjelaskan lagi. saya menulis tentang saya dalam post kali ini yang mana untuk di pertonton, menjengkelkan bukan?

ah taknak saya ulang... nanti saya sendiri pening

layan ke"daif"an ini.


kedaifan

Dari lubang intipan saya merenung, tetapi apa yang saya lihat adalah sisip cermin yang bisa memantulkan pandangan saya kepada tembok yang berlubang, saya hanya melihat anak mata dari satu lubang yang pada dasarya saya ketahui:- kerana saya berada di sebalik lubang itu.

Ketika ini saya terfikir, : begitu juga orang lain yang duduk di luar tembok itu memandang saya, tapi memikirkan tentang orang lain adalah satu kelemahan buat saya, dimana satu pandangan dari orang lain bukan satu kejutan buat saya, hal ini memangkinkan saya untuk berdiri di sudut yang paling keji(kata kamu) dan saya berkata pula "peduli apa". Satu pengabaian kurang tegas walaupun selalu di anggap tidak "cOOL" pabila berkata di dalam blog. saya tambah dari pengulangan kamu,
"saya punya blog, saya punya suka untuk menulis apa" dan pada golongan pengejar "cool" dengan muktamat "Kau peduli apa"

Ada yang berkata, menulis di ruangan ini dengan kata-kata tadi mempamirkan kecetekkan pemikiran sebagai penulis, ya, sering di akui bahawa setiap perilaku saya mempamirkan kelemahan tersebut,bukan hanya menulis, tetapi pelbagai bentuk lagi

ya, mungkin saya terlalu gembira memikirkan tentang diri sendiri, tanpa melihat keluar, dan saya keciciran..

apa pun yang terjadi saya semangkin gembira, dan dengan bangga memperlihatkan ke"daif"an saya.


layan la kalau bole layan.

Bukan mula





Sudah terbiasa dengan permulaan, hari ini saya dengan angkuh mengatakan ini bukan permulaan, walaupun struktur ini adalah permulaan, keangkuhan ini juga amat meyakinkan dengan bantuan penafian bahawa ini bukan lagi permulaan, terasa permulaan saya sudah berlalu dalam dekat waktu yang lalu.

Saya tidak mahu merasa baru (mula) dan juga tidak mahu merasa lama (penghabisan), tetapi sesuatu yang tegas di sini:-

Ya, ini bukan permulaan!!!